Pengikut

Berapa Orang Dah Datang

Jumaat, 13 Januari 2012

SAP: Poket Money Automatik

Syukur Alhamdulillah...bila bukak jer akaun, tetiba jer terpacul RM24 dekat depan skrin. Memang aku langsung takde buat ape-ape tapi RM24 dah masuk dah dalam akaun aku ni...aku dah cash out RM16 hari tu ni nak tunggu cash out RM24 pulak le ni..

Apa yang aku tetiba melalut ni haa..ni aku nak kasi tau kat korang pasal poket money otomatik aku join beberapa bulan yang lepas. Ala..just as side income jer, takyah korang nyibuk nak buat marketing pakebenda  tu pun tapi duit memang masuk punyer..aku tak tipu langsung serius tapi inilah yang aku dapat dalam masa beberapa bulan ni...

Sebenarnya ini bukan bisnes mlm ke piramid ke ye tapi semacam sistem otomatik yang buat duit untuk korang. Nama dia SAP (Sistem Automasi Pemasaran), korang bolej join pakej serendah RM20 dan semaksimum RM99. Makin banyak korang join, makin banyak la korang dapat.

Boleh ke kaya dengan menda ni? Itu aku tak jaminla tapi why not kalau korang jenis yang rajin, ambik pakej besar dan banyak or promote le kat mane-mane tapi aku ingatkan la kat korang yang berminat , tak promote pun boleh dapat duit jugak tapi amaun die kecik sikit la and lambat, itu berdasarkan usaha korang tapi aku memang tak promote pun tapi dapat jugak hehe.... Cuba tengok screenshot akaun aku bawah ni:


28/10/2011



Percayalah cakap aku memang korang tak perlu pun nak buat promote ape-ape memang duit tetap masuk punya. Aku dah siap tunjuk bukti aku kat atas ni. Mula-mula tu memang tak caya tapi aku berserah jer, tutp-tup dapat. Walau tak banyak tapi berbaloi jugak. Kalau nak banyak bole promote tapi jgn le terlebih promote hehe..Nak baca cerite dengan lebih lanjut pegi kat website SAP ni http://rm30.ibct.my/153





Selasa, 10 Januari 2012

Bumi Aceh bergegar lagi!!!










Ya Allah! Takutnyer...terkenang peristiwa lama yang menakutkan pada 24 Disember 2004. Harap-harap takdela tsunami datang lagi kat situ..hrrm..macam-macam yang sedang difikirkan dalam otak saat mendengar berita gempa bumi melanda Aceh waktu tengok berita TV3 1.30 tadi...harap-harap takdela benda buruk tu berlaku lagi..bumi ni semakin hari semakin tua, banyak kerosakan berlaku sana-sini sebab tula Allah turunkan bencana, sedarlah masa tu kian hampir...bawak-bawakla beribadat dan beramal ingat Allah.

Ahad, 18 Disember 2011

Renungan Sejenak : Perkahwinan Gay Ariff Alfian






Cuba korang lihat gambar di atas...seorang lelaki kulit putih menyarungkan cincin ke jari manis lelaki melayu yang segak berpakaian baju melayu, bersampin songket dan bertengkolok...apa perasaan korang? malu ka, marah ka , sedih ka atau gembira? Salah siapakah ini? Dia ka atau kita?...patutka kita menyalahkan dia seorang sahaja kerana tunduk dengan hawa nafsu yang cenderung kepada perlakuan seks sejenis atau  sistem pendidikan kitakah yang kurang menerapkan ajaran keagamaan yang lebih mendalam hanya berpaksikan sistem pendidikan sekular..mahukan anak-anak lulus dengan cemerlang sahaja dalam mana-mana peperiksaan besar dekat negara ni tanpa menitikberatkan pembangunana kerohanian dalam diri...bagi aku la...

Kalau setakat pandai , terror dalam periksa, asyik dapat straight A, otak genius tak akan boleh menjamin seseorang itu betul-betul cemerlang dari segenap segi terutamanya yang menjurus ke akhirat...ini pendapat aku la, aku tak kisah pun ada yang tak suka dengan opinion aku ni..biasala manusia mana ada perfect tapi ini la luahan hati aku..oh ya! Jejaka yang bertengkolok tu nama dia Ariff Alfian Rosli, umo dia 28 tahun, bekas tajaan Petronas (memang terror la mamat ni sampai petronas sanggup anta jejauh pegi Dublin sana tu..) tapi seribu kali sayang beliau telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan keluarga dia, langsung tidak menghubungi mereka tanpa sebab-sebab yang kukuh (merajuk kot) selama 3 tahun, tutp-tup dah kahwin dengan gay kat Dublin tu..

Aku bila tengok gamba ni..marah pun ada..pelik pun ada...pasal apa aku cakap pelik? Apa motif die pakai baju melayu? Kalau aku cakap kat sini nanti tentang apa yang aku fikir nanti blog aku kena flag pulak..biarla aku simpan sorang-sorang..

Ariff ni time masa sekolah, die memang budak pandai, harapan mak bapak dan cikgu, bekas ketua pengawas..bunyi macam perfect gile..tapi itulah yang dinamakan putaran dunia...sekejap kita berada diatas, sekejap pulak berada di bawah..dia tewas dengan pujukan hawa nafsu ...semua yang pernah dialami die merupakan dugaan kesenangan yang diturunkan oleh Allah kepada die..aku tak terror cakap soal agama tapi aku cakap berdasarkan pemerhatian mata hati aku..masing-masing punya pendapat..bila tengok die teringat aku dengan budak pompuan genius yang menggemparkan negara satu waktu dulu iaitu Sufiah Yusuf...kat mana minah tu ade sekarang pun aku tak tahu..sama jer..die memang harapan besar negara tapi jadi rosak akhlak gara-gara tertekan dengan kehidupannya yang banyak ditimpa masalah..

memang hidup di luar negara banyak godaan dan dugaan yang perlu ditempuh...dan semestinya sesiapa yang teringin nak further study ka, kerja ka, harus memiliki ketahanan mental dan rohani sebelum pergi jauh...yelah pergi belajar kan macam pergi berjihad jugak..pada adik-adik kite yang melayu yang teringin nak pergi sambung oversea, make sure anda mempunyai ketahanan minda yang ampuh menangani semua ni...

Hanya doa yang mampu aku titipkan kepada Ariff Alfian, semoga beliau kembali ke pangkal jalan dan kembali semula kepada keluarga beliau, amin...


Sabtu, 17 Disember 2011

Aku dah siap kerja haha!!!



Yeaaa!!! Dah siap dah kerja translation aku..pasni boleh la aku hantar dan tunggu keputusan dari production house tu...hopefully dapat la keja ni...aku tengok ayat yang nak di translate bunyik die rupa macam senang jer tapi berpeluh jugak ler...nak fikir apa jenis perkataan dan ayat yang nak aku karangkan supaya maksud tu tak bertukar jadi lain...kalau kita ikut bulat-bulat apa yang ditulis dalam kamus memang confirm ayat tu jadi tunggang langgang dan orang yang baca pun memang tak paham jadiknyer..so kenala hati-hati bab tu...mula-mula tu bile tengok, cam susah ni..tapi kan bak kata pepatah kalau nak berjaya dalam satu perkara yang kita buat, "No pain, no gain" jangan fikir nak buat benda yang senang jer...bile kite buat benda yang susah tu la kita belajar macam mana nak kuatkan hati dan tabah perasaan..bila kita dah biasa jadi alah bisa tegal biasa..keja lepas -lepas tu pulak akan jadik mudah bila dilakukan.

Nak cepat siap ni



Sebelum aku nak mula buat kerja translation aku...baik aku update dulu blog ni...alhamdulillah sempat jugak aku siapkan 5 page subtitle translation semalam, pasni aku nak buat translation fasal program masak memasak pulak...die ajar pasal macam mana nak kasi lagi sedap makanan yang kite makan tu dengan cheese..mmm sedapnyer...hopefully dapat le siap malam ni gak coz esok last hantar mende tu...yang ni just test jer kot2 aku ni layak jadi translator. Mudah-mudahan dapat ler keje ni untuk tamabah duit gaji aku...dengan keadaan ekonomi yang tak berape menentu ni..ade baiknyer kite carik sideincome yang bersesuaian dengan kepandaian kite la..jangan join ape ke benda skim2 yang tak gune...klu nak join bisnes internet make sure kite kena ade ilmu so baru lah menjadi bisnes tu..

Jumaat, 16 Disember 2011

Batuk tak habis-habis


Aku batuk tak habis-habis dari pagi tadi...
Start lepas solat subuh...batuk jer memanjang...memang aku batu ni dah lama dah since 2 ke 3 minggu yang lepas akibat demam...tapi still tak baik-baik lagi ni...lagi seksa bila time nak tido...batu bercampur lendir lepas nak bernafas pun susah sebab lendir yang menghalang aliran nafas dalam kerongkong, berbunyik! Kronik jer bunyi nyer...tapi aku baru jer terbace dalam internet, makan coklat boleh hilangkan batuk. Betul ke? Nak turun beli kat bawah la kot-kot menjadi.

Khamis, 15 Disember 2011

Tak paham-paham lagi ke?


Aku tak fahamlah...ada sesetengah orang ni...dah berpuluh kali kita cakap benda yang sama kenapa masih lagi tak faham-faham? Kenapa masih lagi buat benda yang dia faham tak boleh dibuat? Ish...bengap betul lah...
Apa lagi benda yang aku boleh buat dia faham pun aku tak tahu....