Pengikut

Berapa Orang Dah Datang

Ahad, 18 Disember 2011

Renungan Sejenak : Perkahwinan Gay Ariff Alfian






Cuba korang lihat gambar di atas...seorang lelaki kulit putih menyarungkan cincin ke jari manis lelaki melayu yang segak berpakaian baju melayu, bersampin songket dan bertengkolok...apa perasaan korang? malu ka, marah ka , sedih ka atau gembira? Salah siapakah ini? Dia ka atau kita?...patutka kita menyalahkan dia seorang sahaja kerana tunduk dengan hawa nafsu yang cenderung kepada perlakuan seks sejenis atau  sistem pendidikan kitakah yang kurang menerapkan ajaran keagamaan yang lebih mendalam hanya berpaksikan sistem pendidikan sekular..mahukan anak-anak lulus dengan cemerlang sahaja dalam mana-mana peperiksaan besar dekat negara ni tanpa menitikberatkan pembangunana kerohanian dalam diri...bagi aku la...

Kalau setakat pandai , terror dalam periksa, asyik dapat straight A, otak genius tak akan boleh menjamin seseorang itu betul-betul cemerlang dari segenap segi terutamanya yang menjurus ke akhirat...ini pendapat aku la, aku tak kisah pun ada yang tak suka dengan opinion aku ni..biasala manusia mana ada perfect tapi ini la luahan hati aku..oh ya! Jejaka yang bertengkolok tu nama dia Ariff Alfian Rosli, umo dia 28 tahun, bekas tajaan Petronas (memang terror la mamat ni sampai petronas sanggup anta jejauh pegi Dublin sana tu..) tapi seribu kali sayang beliau telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan keluarga dia, langsung tidak menghubungi mereka tanpa sebab-sebab yang kukuh (merajuk kot) selama 3 tahun, tutp-tup dah kahwin dengan gay kat Dublin tu..

Aku bila tengok gamba ni..marah pun ada..pelik pun ada...pasal apa aku cakap pelik? Apa motif die pakai baju melayu? Kalau aku cakap kat sini nanti tentang apa yang aku fikir nanti blog aku kena flag pulak..biarla aku simpan sorang-sorang..

Ariff ni time masa sekolah, die memang budak pandai, harapan mak bapak dan cikgu, bekas ketua pengawas..bunyi macam perfect gile..tapi itulah yang dinamakan putaran dunia...sekejap kita berada diatas, sekejap pulak berada di bawah..dia tewas dengan pujukan hawa nafsu ...semua yang pernah dialami die merupakan dugaan kesenangan yang diturunkan oleh Allah kepada die..aku tak terror cakap soal agama tapi aku cakap berdasarkan pemerhatian mata hati aku..masing-masing punya pendapat..bila tengok die teringat aku dengan budak pompuan genius yang menggemparkan negara satu waktu dulu iaitu Sufiah Yusuf...kat mana minah tu ade sekarang pun aku tak tahu..sama jer..die memang harapan besar negara tapi jadi rosak akhlak gara-gara tertekan dengan kehidupannya yang banyak ditimpa masalah..

memang hidup di luar negara banyak godaan dan dugaan yang perlu ditempuh...dan semestinya sesiapa yang teringin nak further study ka, kerja ka, harus memiliki ketahanan mental dan rohani sebelum pergi jauh...yelah pergi belajar kan macam pergi berjihad jugak..pada adik-adik kite yang melayu yang teringin nak pergi sambung oversea, make sure anda mempunyai ketahanan minda yang ampuh menangani semua ni...

Hanya doa yang mampu aku titipkan kepada Ariff Alfian, semoga beliau kembali ke pangkal jalan dan kembali semula kepada keluarga beliau, amin...